SESI DIALOG INSPIRASI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN BERSAMA PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM KAMPUS USM

 

BANDARKHALIFAHNEWS | MALAYSIA – Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, , meluangkan masa berdialog bersama pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus (USM) dalam satu sesi yang berlangsung dalam suasana terbuka dan interaktif pada Isnin, 15 Jun 2026.

Sesi dialog tersebut memberi peluang kepada para pelajar untuk menyuarakan pandangan, berkongsi cadangan, serta mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai pelbagai isu berkaitan pendidikan, khususnya yang melibatkan kebajikan pelajar Tingkatan Enam dan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam, selain perbincangan mengenai peluang melanjutkan pelajaran dan laluan ke institusi pendidikan tinggi.

Program itu mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mendengar suara pelajar serta memastikan sistem pendidikan negara terus berkembang selaras dengan keperluan generasi masa depan.

Tahun Ini, Tahun Kita

“Guru Bitara Nadi Negara”

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#KurikulumKita

#.

Post a Comment

0 Comments

Terkini

Close Menu